Saturday, December 22, 2012

apa itu domain dan hosting?




#nota kaki : entri ini telah di copy & paste =) KLIK SINI


Apa Itu Domain Dan Hosting?

Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Seperti yang saya dah terangkan sebelum ini, berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.

Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?

Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!Zen CartDrupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, WordPress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.
Apa benda pula CMS, Joomla, dan cPanel ni ya? Jangan risau, semuanya akan saya terangkan lagi dalam artikel yang akan datang. Jadi, pastikan anda setia mengikutiSembangKomputer.com ye ^^
Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.



1 comment:

Hidayatul Afzam said...

jemput join GA sy :) http://princess1405.blogspot.com/2012/12/end-year-giveaway-by-princess1405.html


Jangan lupa join mereka juga : TOPUP RM100 &
KENALI KAWAN BAIK